Sunday, November 12, 2006

Janji & Kata-kata

Bukan paras rupa jadi ukuran,
Bukan juga kehebatan diri,
Hanya kejujuran untuk sebuah harapan,
Dan keikhlasan dari hati.

Hanya ingin diyakin kan,
Bukan dengan kata-kata sahaja,
Tapi penuhi setiap janji dengan perbuatan,
Jadi kan setiap kata-kata mu nyata.

Hari berganti hari,
Janji dan kata-kata semakin hilang dan jauh,
Mungkin silap ku kerana hanya berdiam diri,
Tapi mungkin juga ianya suatu bukti.

Jika diri ini yang bersalah,
Ku susunkan sepuluh jari,
Andinya aku telah melukai hati atau perasaan mu,
Dan akan ku doakan bahagiaan mu di setiap hari-hariku..

Dengan doa dan usaha,
Aku serahkan selebihnya pada takdir,
Aku nanti kan sebuah cerita bahagia,
Aku nanti kan diri mu hadir...

No comments: